Artikel Ini Dari Jutawan SP Shops
Nak Berjaya Bacalah..
1x 3x 40x Pun Xpe..
1x 3x 40x Pun Xpe..
Cc: UKasyah Zainal
Ramai yang keliru dan beranggapan Program Kedai Online
Perkongsian Untung SPSHOPS menyamai program ala pelaburan BossVenture dan YSLM
CDTUP. Sebenarnya dakwaan dan kefahaman ini amat meleset sama sekali kerana
konsep niaga diantara SPSHOPS dan BossVenure mahu pun YSLM banyak yang tidak
sama.
Tulisan ini bertujuan untuk memberi pencerahan kepada orang
ramai akan situasi sebenar agar masyarakat dapat membezakan dan membuat
penilaian sebelum menolak atau menyertai mana mana program yang dinyatakan.
SPSHOPS atau Share Profit Shops adalah satu bentuk perniagaan
laman Sosial Network yang berasaskan sistem affiliate di mana pemilik SPSHOPS
menawarkan perkongsian untung kepada ahli ahli yang menyertai program ini tidak
kira samada mereka itu ahli berbayar yang telah membelanjakan sejumlah tertentu
wang untuk produk atau perkhidmatan di laman SPSHOPS atau mereka yang sekadar
mendaftar percuma sebagai free affiliate dan menggunakan kemudahan percuma yang
disediakan oleh laman berkenaan. DI SPSHOPS kedua katogeri keahlian berbayar
dan percuma ini masing masing mendapat menafaatnya. Ahli berbayar yang membeli
pakej iklan misalnya berhak berkongsi keuntungan hasil penjualan iklan syarikat
manakala ahli ahli atau affiliate percuma boleh mendapatkan berbagai produk
produk percuma melalui program "redeem" yang dianjurkan spt redeem
satay, laptop, handphone sehinggalah kereta mewah BMW dan perbagai produk
produk lain. Fasa fasa berikut SPSHOPS akan menawarkan lebih banyak peluang peluang
sumber pendapatan kepada semua ahli ahli SPSHOPS tidak kira mereka ini ahli
berbayar RESELLER atau hanya Free Affiliate.
Berbeza dengan BOSSVENTURE dan YSLM atau kebanyakan program MLM
lain, ahli ahli percuma tidak mendapat tempat atau keistimewaan apa apa. Hanya
ahli VIP atau Premium berbayar saja layak mendapat faedah yang disediakan oleh
syarikat atau program berkenaan.
Keseluruhan setelah SPSHOPS dilancar secara sepenuhnya nanti,
ada 6 sumber pendapatan yang boleh dimenafaatkan oleh ahli ahli. Program pertama
perkongsian untung SPSHOPS dimulai dengan Perkongsian Untung Iklan SPADS yang
mirip dan sama dengan apa yang Mudah.My tawarkan. Dalam Program Perkongsian
Untung SPADS SPSHOPS ini, syarikat memulangkan hampir 95% dari hasil keuntungan
iklan kepada pengiklan pengiklan yang telah membeli iklan bergambar. Syarikat
cuma ambil 5% sahaja hasil jualan pengiklanan berkenaan. Cara agihan keuntungan
SPADS ini adalah berasaskan hasil jualan sebenar dan sama sekali tidak
berdasarkan ROI atau kadar bunga harian. Langsung tidak ada unsur unsur amalan
riba dalam program perkongsian untung SPADS ini. Agihan keuntungan ini
dilakukan melalui pelan pemasaran konsep MATRIX COMPRESS FORCE yang memberi
peluang kepada ahli aktif mahu pun pasif mendapat komisyen atau keuntungan. Sama
sekali tidak melibatkan kadar bunga baik kadar bunga tetap atau berubah yang
dibayar harian, mingguan mahu pun bulanan. Jangan ingat ahli pasif SPSHOPS
dapat pasif income hasil dari kadar bunga atau interest kerana SPSHOPS bukan
skim atau program pelaburan ala HYIP.
Di BOSSVENTURE atau di YSLM amat jelas ahli ahli pasif mendapat
keuntungan yang dibayar berasaskan kadar bunga harian yang dikira dari jumlah
pelaburan pokok ( kadar bunga X pelaburan pokok = pendapatan harian ). Walau
pun interest atau kadar bunga berkenaan tidak tetap tetapi ia masih berunsur
interest. Cara bayar komisyen atau keuntungan beginilah yang sering mendapat
perhatian BNM kerana ia tidak ubah seperti apa yang ditawarkan oleh Bank Bank
Saudagar melalui produk mereka Saving Account atau Fixed Deposit Account.
Barang tentu BNM bimbang program berunsur sedemikian akan menjejaskan peranan
dan jumlah deposit simpanan orang ramai dalam bank bank saudagar dan sudah
tentu juga menjejaskan perolehan BNM dari penetapan kadar bunga ini. Jika kita
merujuk kepada beberapa program lepas, kita dapat melihat kebanyakan program
program beginilah yang hidup separa jalan dan seterusnya disenarai hitam oleh
BNM. ( Senarai dalam blog di SINI adalah sebahagian dari apa yang dimaksudkan
).
Di SPSHOPS..cuma pengiklan yang telah membeli pakej Iklan
Bergambar saja layak berkongsi keuntungan SPADS. Maksudnya orang ramai boleh
memilih untuk beli pakej iklan mana yang mereka mahu ( serendah RM10 dan
semahal RM160 saja ). Sebagai tukaran mereka mendapat produk yang berupa tapak
iklan dan boleh mula iklankan apa saja yang mereka mahu termasuk produk dan
perkhidmatan. Selesai saja bayaran dibuat, terus pembeli menerima produk mereka
tanpa tangguh tangguh lagi. Ini adalah transaksi jual beli yang sah sebagaimana
juga yang telah dan masih berjalan di Mudah.My ( Mudah.my sudah sdh sekitar 10
tahun di pasaran dan berjalan tanpa sebarang masalah ). Kelebihan beriklan di
SPSHOPS ialah kerana setiap pembelian unit pakej iklan, 95% hasil jualan
berkenaan dikembalikan kepada pengiklan untuk perkongsian keuntungan sesama
pengiklan. Berbeza dengan Mudah.My dimana 100% hasil bayaran pembelian iklan
masuk ke kantung pemilik laman berkenaan.
Suatu yang cukup menarik dan sangat menyakinkan ialah kerana
SPSHOPS membayar terus jumlah keuntungan kepada pengiklan secara REAL TIME dan
" ON THE SPOT ". Ahli atau pengiklan tidak perlu menunggu satu jam,
satu hari , satu minggu atau satu bulan untuk mendapat agihan keuntungan
mereka. Dalam erti kata lain syarikat pemilik SPSHOPS iaitu SP Club
International Sdn Bhd sama sekali tidak memegang wang hasil pengiklanan dalam
tangan mereka dalam jumlah yang besar sebagaiamana dalam kebanyakan perniagaan
MLM atau bisnes lain. Inilah yang meletakkan SPSHOPS dalam kelas tersendiri dan
menjadi pilihan masyarakat Malaysia hari ini. Dengan bilangan keahlian makin
hampir ke angka 100,000 dalam tempoh kurang 3 bulan SPSHOPS di pasaran, ia
menjadi bukti program Kedai Online Perkongsian Keuntungan SPSHOPS ini mendapat
kepercayaan orang ramai apa tah lagi ratusan malah ribuan orang yang telah
mendapat menafaat dari program ini yang bakal dilancarkan secara rasmi di
sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur selepas Idul Fitri nanti.
Terdapat segelintir yang beranggapan SPSHOPS adalah Program Klik
Klik Iklan Dapat Duit. Pemahaman begini sebenarnya menyimpang dan salah sama
sekali. Mereka yang beranggapan sedemikian tidak memahami konsep sebenar
pengiklanan SPADS di SPSHOPS. Jika mereka kenal Mudah.My maka mereka akan kenal
apa yang SPSHOPS sediakan ini. Kualiti iklan SPSHOPS setanding dengan apa yang
ada di Mudah.My malah dalam beberapa sisi Pengiklanan SPADS di SPSHOPS jauh
lebih baik dari apa yang disediakan di Mudah.My baik dari segi harga mau pun
dari sudut SEO sesuatu iklan.
Ini
cuma satu permulaan dan terdapat 5 lagi sumber pendapatan bakal menyusul di
SPSHOPS. Menyamakan SPSHOPS dengan BOSSVENTUIRE atau YSLM CDTUP adalah
menyimpang sama sekali kerana SPSHOPS berkongsi keuntungan berasaskan penjualan
produk sebenar, tidak berdasarkan fixed roi(return on investment) atau kadar
bunga tetap mahu pun berubah yang dikira dari jumlah pelaburan pokok. Anda
berbelanja, anda terus mendapat produknya serta boleh terus digunakan selain
perkongsian untung dan komisyen terus berjalan dan dibayar secara real time
tanpa tangguh tangguh.
No comments:
Post a Comment